05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

111 Ekor Arnab Mengeratkan Ukhuwwah 800 Jemaah Masjid Ar-Rahman KL

123456

 

23 April 2016 (Sabtu) - Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis perasmian penutup kursus asas Haji dan Kursus Penyembelihan arnab. Majlis penutup tersebut telah diadakan di ruang legar Masjid Ar-Rahman, JalanPantai Baharu, Kuala Lumpur. KursusAsas Haji praktikal telah dibimbing oleh Us Ahmad Sirajudin bin Abd Satar manakala Kursus Penyembelihan telah dikendalikan oleh Us Abd Halim bin Zakaria.

Disampingitu juga, majlis ini turut diserikan lagi dengan Kenduri Perdana yang dianjurkan oleh pihak masjid dengan kerjasama UM. 111 ekor arnab dan 5 ekor kambing menjadi tarikan 800 orang jemaah dalam menu utama Kenduri Perdana kali ini yang bersempena dengan ulangtahun 111 penubuhan UM.

Majlis perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Yaakob bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Rohana Bt Mohd Yusuf, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Aumni) UM, Datuk Ibrahim Bin Thamby Chik Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid-masjid Dan Surau Parlimen Lembah Pantai dan Tuan Haji Shahrul Azhar Bin Ismail, Timbalan Pengerusi Masjid Ar-Rahman KL.

Pihak Pengurusan Masjid mengharapakan agar majlis seperti ini akan dapat dianjurkan pada masa akan datang dalam usaha mengukuhkan kerjasama erat di antara pihak pengurusan masjid bersamaagensi-agensi lain.

 

MARSA2 MARSA3
MARSA4 MARSA5
MARSA6 MARSA7
MARSA8 MARSA9
   

Disediakan Oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel