05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjungan Hormat Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia ke JAWI

 

1111111

21 April 2016 (Khamis) – Satu kunjungan hormat daripada Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak Kuala Lumpur ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diadakan di Dewan Syura Perdana, Menara Pusat Islam, JAWI. Seramai 6 orang dari Pusat Islam UTM telah hadir dengan diketuai oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Aminuddin Ruskem, Pengarah Pusat Islam UTM.

1

Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI dan Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

1

Tujuan utama pertemuan ini adalah bagi menjalinkan hubungan yang baik dan semangat kerjasama antara Pusat Islam UTM dan JAWI. Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan mengadakan kerjasama dalam beberapa perkara berhubung dengan urusan pengebumian warga UTM, permohonan Tauliah Jurunikah dan mengadakan kursus Pra-Perkahwinan. Selain itu, kerjasama daripada JAWI juga diharapkan untuk membantu menangani gejala sosial yang berlaku di UTM.

1

Pada sesi kunjungan tersebut , pihak Pusat Islam UTM juga turut memuji mengenai teks khutbah dalam bahasa Inggeris berserta slid yang disediakan oleh JAWI kerana bersesuaian dengan jemaah yang terdiri dalam kalangan pelajar daripada luar negara

 

2222222 3333333
4444444 5555555
   
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel