05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Saudara Baru Perkukuh Ilmu Fardhu Ain

 
intensif14

20 April 2016M | 12 Rejab 1437H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain Siri 1 2016 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Program selama satu hari ini telah menarik seramai 27 orang saudara baru sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pengisian-pengisian menarik berkisar tentang asas aqidah, fardhu ain dan akhlak dengan disampaikan oleh penceramah-penceramah di antaranya Saudara Muhammad Amir bin Hashim daripada Global Unity Network membincangkan tajuk “Islam Agama Fitrah”, saudara Muhammad Fitri bin Abdullah daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) yang mengupas tajuk “Adat dan Ibadah” dan tidak ketinggalan saudara Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, juga daripada PERKIM yang menyampaikan ceramah bertajuk “Peribadi Muslim Cemerlang”.

Aturcara penutup dan penangguhan majlis disempurnakan oleh YBhg. Tuan Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang sangat positif daripada peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan menjadi pemangkin kepada kehidupan berlandaskan Islam secara ‘syumul’.

 

intensif3 intensif7
intensif1 intensif11
 intensif6  intensif13


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

 


Cetak   Emel