05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

‘Ihya Rejab’ (Menghidupkan Ibadah Bulan Rejab) Masjid Muadz Bin Jabal, Pusat Zon 4

 
IMG 1956

18 April 2016 (Isnin) -Masjid Muadz Bin Jabal,Setiawangsa  dengan kerjasama Pusat Zon 4  mengambil kesempatan mengimarahkan Bulan Rejab dengan pelbagai aktiviti seperti tadabbur surah yasin dan solat hajat selepas solat maghrib bersama jemaah.pada 14 April 2016 (Khamis malam Jumaat).  Kupasan Tazkirah Jumaat berkaitan amalan-amalan sunah Nabi S.A.W di Bulan Rejab turut disajikan sebelum solat Fardu Jumaat .Seiringan dengan itu MMBJ juga berkesempatan menerima kunjungan hormat YB..Dato Ahmad Fauzi Haji Zahari, ,Ahli Parlimen Setiawangsa beramah mesra dengan para petugas masjid dan tiga ribu jemaah yang hadir . .

Sesi pagi Sabtu 16 April 2016 pula, dilangsungkan serentak majlis pernikahan bagi pasangan pengantin di dewan solat utama masjid dan dewan khas laman Bestari Setiawangsa dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Nikah bertauliah Masjid Muadz bin Jabal ,Ustaz Tuan Haji Muadzeen bin Ackil  dan Ustaz Tuan Haji Amran bin Abdul Talib. Disamping itu latihan Silat Gayong Fatani bagi pelajar KAFA MMBJ dibawah pimpinan Cikgu Razmadey bin Razlan juga dilaksanakan yang merupakan beberapa aktiviti ‘Ihya Rejab’ di masjid ini.

Antara intipati usaha aktiviti ini  diusahakan adalah bagi menggalakan seluruh muslimin dan muslimat khususnya komuniti penduduk Setiawangsa agar sentiasa membuat persiapan fizikal dan mental, merebut keberkatan Bulan Rejab sebelum menjelangnya Bulan Ramadan seperti maksud hadis  diriwayatkan Imam Thabrani daripada Anas Bin Malik r.a ,Rasulullah S.A.W berdoa : ” Ya Allah, berkatilah hidup kami di Bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan (hayat) kami, kepada Bulan Ramadhan “.

Kesimpulannya, “Ihya Rejab” adalah suatu peluang menambah nilai kualiti ibadah dan persediaan bagi semua lapisan  individu muslim untuk persiapan pada bulan-bulan seterusnya. Harapan MMBJ,pastinya akan terus menganjurkan usaha-usaha ‘fastabiqul khoirat’(berlumba membuat kebaikan ) sebagai satu medan dakwah yang murni kepada semua.

IMG 1970 IMG 1949
IMG 1971 IMG 1950
   


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 


Cetak   Emel