05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Memahami Peradaban Antara Agama

 
IMG-20160417-WA0022

17 April 2016 ( Ahad ) – Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur dengan kerjasama Amaniah Muallaf Care Centre ( AMCC ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) Cawangan Kepong telah menganjurkan ceramah perdana “ Memahami Peradaban Antara Agama “ dengan jayanya bertempat di dewan solat Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur. Penceramah undangan ialah YBhg. Ustaz Fitri bin Abdullah ( Ahli Majlis PERKIM Kebangsaan ).

Antara objektif utama ceramah ini dilaksanakan ialah :.

  1. Mengajak umat Islam memahami peradaban antara agama demi mengukuhkan lagi keimanan  kepada Allah yang esa.
  2. Memberi pengetahuan asas kepada masyarakat Kepong yang minoritinya Islam dan sebagai benteng mempertahankan akidah mereka.
  3. Meyakinkan  masyarakat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang syumul dan sempurna.

Sambutan yang diterima daripada masyarakat Kepong, Kuala Lumpur amatlah menggalakkan dan dianggarkan 250 orang telah mengikuti program ini. Sejurus selepas ceramah, pengagihan sumbangan barangan asas turut diberikan kepada asnaf-asnaf yang terpilih di sekitar kawasan Kepong, Kuala Lumpur.

Majlis berakhir dengan jamuan yang ditaja oleh DBKL pada jam 11:00 malam. Para jemaah yang mengikuti program ini memberi maklum balas yang positif dan mengesyorkan supaya diadakan lagi pada tahun hadapan.

IMG-20160417-WA0025 IMG-20160417-WA0019
IMG-20160417-WA0020 IMG-20160418-WA0003
   


Disediakan Oleh:

Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur
Pusat Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel