05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Anak Kariah Sedia Tunaikan Haji Tahun Ini (Majlis Penutup Kursus Asas Haji)

 
H7777

16 April 2016 (Sabtu): Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Haji bagi Tahun 1437H/2016. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan ini telah dilaksanakan sebanyak 17 siri iaitu pada setiap hari Sabtu, jam 2.30 petang bermula 19 Disember 2015 lalu. Kursus ini telah dibimbing oleh Tuan Haji Abu Hassan bin Wahab, yang merupakan mantan Pengurus Besar (Bimbingan Haji), Lembaga Tabung Haji.

 

Antara objektif kursus ini dianjurkan adalah bertujuan memberikan ilmu dan pendedahan kepada anak kariah berkaitan ibadah haji dan umrah khususnya kepada bakal-bakal haji bagi tahun 2016. Kursus yang dianjurkan secara percuma ini juga mengandungi modul teori dan amali berhubung ibadah haji dan umrah selain beberapa taklimat kesihatan ketika di tanah suci.

 

 

Seramai 90 orang peserta Kursus Asas Haji yang terdiri daripada 41 orang lelaki dan 49 orang wanita telah berjaya menamatkan pengajian mereka hari ini. Penutupan dan penyampaian sijil kursus ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Mohamed Ramli bin Uda Jali, pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Kuala Lumpur. 

H1111 H3333
H6666 H2222
   


Disediakan Oleh:

Masjid Al Hidayah
Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel