05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pendidikan Seni Visual

 

 

 

 

 

 

16 April 2016 (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) Berkesan Guru-guru Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) yang diadakan di Dewan Syarahan Masjid Saidina Uthman Bin Affan , Kuala Lumpur. Kursus pada siri kedua ini fokus kepada mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ia melibatkan penyertaan seramai 30 orang guru SIRAJ Saidina Uthman dan SIRAJ Al-Alusi. 

 

Objektif kursus ini adalah memantapkan pengetahuan guru-guru mengenai konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan memantapkan pengetahuan guru-guru tentang penyediaan ringkasan mengajar berdasarkan standard kurikulum. Selain itu kursus ini bertujuan bagi memperkasakan kemahiran penyampaian mata pelajaran KSSR melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang berkesan.

 

Program latihan guru ini juga merupakan salah satu program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Bahagian Pelajaran JAWI dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi memantapkan sistem pendidikan negara khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

   
   
   

Disediakan oleh :

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Cetak   Emel