05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (Prod)

 

 

 

11 - 14 April 2016 (isnin – khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highland telah menganjurkan kursus “ Program Pembangunan Organisasi  Untuk Kecemerlangan Sekolah “ proD secara berterusan selama setahun bermula fasa 1 iaitu pada pada bulan ogos 2015 yang lalu dan fasa2 & 3 pada bulan Mac dan Ogos tahun 2016 yang akan datang. Kursus ini adalah suatu program yang dinamakan Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan (PrOD) bertempat di Institut Aminuddin Baki Genting Hinghland Pahang Darul Makmur. ursus yang dijalankan selama 4 hari dari 12 hingga 14 April 2016 ini melibatkan 45 orang peserta yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan serta setiausaha sekolah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG32 dan  DG 29) yang melibatkan 20 Buah SRA JAWI yang terpilih.

 

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui perubahan yang sistematik bermula daripada pemimpin sekolah kepada warga sekolah serta melonjakkan kecemerlangan organisasi daripada aspek hala tuju, pengurusan organisasi serta pengajaran dan pembelajaran.  Program ini berterusan selama setahun bermula dengan fasa 1 yang mengfokuskan keberkesanan kendiri dan kepimpinan berkesan manakala fasa 2 pula mengfokuskan pembinaan pasukan dan pengurusan perubahan serta fasa 3 kelestarian kecemerlangan sekolah. Diantara fasa 2 dan fasa 3 pihak pemimpin sekolah akan diberi bimbingan serta tunjuk ajar daripada pihak pensyarah IAB bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui program pembangunan organisasi ini.

 

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Norasiah bt Ibrahim, Timbalan Pengarah Institut Aminudin Baki  yang telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penyertaan dan cenderahati kepada semua peserta dan penceramah sebagai menghargai komitmen serta kesungguhan yang mereka tunjukkan sepanjang kursus ini.

   
   

Cetak   Emel