05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum “ Wanita Dirimu Dihargai ”Zon 4

 
IMG 1879

13 April 2016 (Khamis) – Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur serta Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah mengadakan FORUM WANITA DIRIMU DIHARGAI  di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin.

Forum ini telah disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Binti Hassan, Puan Fadhlina Binti Sidek (Peguam Syarie) dan Ustazah Nurul Hidayah (Wakil PPZ) yang telah sudi mengupas isu tentang keistimewaan seorang wanita pada zaman ini yang menepati syariat disamping memperkuatkan pengetahuan mengenai hak-hak wanita berlandaskan Undang-Undang Syariah di Malaysia. Sesi forum bermula pada jam 7.45 malam sehingga 9.10 malam dan disusuli dengan solat isyak berjemaah. Seramai 350 orang jemaah yang hadir yang terdiri daripada pelajar,ahli kariah, dan juga luar kariah.

Turut hadir Haji Yahaya bin Haji Din, selaku Pengerusi Masjid Al-Muttaqin yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama mendengar forum tersebut.

IMG 1875 IMG 1877
IMG 1880 IMG 1881
   


Disediakan Oleh:

Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 


Cetak   Emel