05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Imam, Bilal dan “Reporter” (Bengkel Penulisan dan Penyediaan Laporan Berkualiti)

 

11111

13 April 2016 (Rabu) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Penyediaan Laporan Berkualiti Zon 5, JAWI. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Titiwangsa, Aras 3 Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kehadiran peserta seramai 40 orang terdiri daripada Imam dan Bilal Masjid di bawah Pentadbiran Pusat Zon 5 JAWI.

1

Bengkel yang dianjurkan ini memfokuskan kepada “Penyediaan Laporan Berkualiti” yang disampaikan oleh Tn. Haji Jaafar bin Hj. Ismail, KPPK Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Seterusnya bengkel ini disusuli dengan slot “Kaedah Fotografi Berkualiti” disampaikan oleh Ustaz. Mohd Hilmee bin Umar, Penolong Pengarah Unit Imarah dan Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI dan slot terakhir “Latihan Dalam Kumpulan” dikendalikan oleh Ustaz. Shukri bin Muhamad, PPK Unit Pengurusan dan Ustaz Mohamad Pairuz Suhairi bin Abdullah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pengurusan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

1

Kemahiran dan pengalaman yang diperolehi dari Bengkel tersebut diharap dapat merealisasikan hasrat Bahagian Pengurusan Masjid untuk mencungkil bakat “reporter” dari kalangan Pegawai Masjid khasnya dari Pusat Zon 5

 

22222 33333
44444 55555
66666 77777
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 


Cetak   Emel