05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ARKID01

 

13 April 2016M / 05 Rejab 1437H (Rabu)– Unit Pentadbiran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mendapat kerjasama Arkib Negara Malaysia bagi mengadakan Lawatan Ke Arkib Negara Malaysia di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta). Seramai 19 orang peserta telah menyertai lawatan ini.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan gambaran sebenar kepada para pegawai JAWI Cawangan Putrajaya tentang peranan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Arkib Negara Malaysia.

Cik Shazana binti Ismail selaku Pegawai Khidmat Pelanggan Arkib Negara Malaysia telah mengiringi dan mengendalikan sesi lawatan ke beberapa seksyen di Arkib Negara Malaysia. Antara seksyen yang dilawati adalah Seksyen Panducari dan Penerbitan, Seksyen Pemeliharaan dan Repografi serta Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod.


ARKID04 ARKID02
ARKID03 ARKID05
 ARKID06  ARKID07


Disediakan Oleh: Unit ICT, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Zul Helmi Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Pentadbiran.


Cetak   Emel