05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pelancongan Berpandu “Old KL and Nature Walk”

 
PPB1

 

12 April 2016, Selasa – Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL) telah menambah jaringan kerjasama bersama Biro Pelancongan KL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Tourism Bureau@Kuala Lumpur City Hall), melalui Program Pelancongan Berpandu “Old KL and Nature Walk”. Program ini akan berjalan pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula di lokasi pertemuan Loke Chow Kit Mansion, jam 9 pagi.

Konsep lawatan santai yang diperkenalkan ini akan membawa para pelancong berjalan melihat keunikan Kuala Lumpur dari perspektif sejarah, spiritual dan warisan. Selain daripada lawatan ke MJBKL ini, para pelancong dalam mahupun luar negara akan dibawa juga melawat beberapa tempat lain yang amat istimewa seperti Loke Chow Kit Mansion, Medan Pasar Lama, Pasar Seni & Kasturi WalkSin Sze Ya Tample, Petaling Street, Muzium Telekom serta KL Forest Eco-Park


Program ini akan memberikan nilai tambah yang positif kepada Program Pelancongan Masjid (Masjid Tour Guide Program) yang dilaksanakan bersama Rakan Kerjasama Strategik Badan NGO, Islamic Outreach ABIM Centre. Latar belakang institusi Masjid dan peranannya, serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Masjid adalah antara informasi penting yang dikongsikan bersama para pelancong, disamping persoalan-persoalan mengenai konsep Tauhid dan kehidupan sebagai seorang Muslim.


Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini boleh terus menghubungi Pejabat Pentadbiran MJBKL di talian 03-2691 2829, atau menghubungi Biro Pelancongan KL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di talian 03-2698 0332. MJBKL juga amat mengalukan sebarang khidmat sukarelawan daripada orang ramai dibawah Badan NGO Islamic Outreach ABIM Centre bagi mendokong Program Pelancongan Masjid (Masjid Tour Guide Program) ini, serta membantu menjayakan ProgramPelancongan Berpandu “Old KL and Nature Walk” bersama Biro Pelancongan KL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

 

PPB2 PPB3
PPB6 PPB5
   


Disediakan Oleh:                                                                                                                           Masjid Jamek Bandaraya
Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel