05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kesedaran Keibubapaan (Awareness Parenting) Peringkat Zon 1

 
Slide2

 

13 April 2016 (Rabu)– Pusat  Pentadbiran Zon 1 dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat(PPZ), Masjid Saidina Hamzah dan Kumpulan Muslimat Zon 1 telah menganjurkan dengan jayanya Program Kesedaran Keibubapaan (Awareness Parenting) Peringkat Zon 1 di Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur.

Program ini berlangsung selama 4 jam dengan menampilkan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai pembentang tunggal yang telah berjaya menarik minat seramai 250 orang peserta.

Antara objektif program ini ialah :-

i.

Menggalakkan masyarakat mengamalkan sikap dan amalan positif dalam menguruskan hidup berkeluarga.

ii.

Meningkatkan kesedaran ibu bapa akan keperluan pembentukan akhlak anak-anak yang sempurna.

iii.

Mempromosikan kesedaran masyarakat bagi meningkatkan kemahiran keibubapaan melalui proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Nasir Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Turut hadir ialah Ustaz Osman bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Zon 1, Tn. Hj. Shaari Bin Mustafa, Pengerusi Masjid Saidina Hamzah dan Pn. Hjh. Shamsun Binti Abd Majid, Pengerusi Muslimat Zon 1.

 

Slide1 Slide3
Slide5

Slide6


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

 


Cetak   Emel