05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

mufti06

 

8 April 2016M dan / 30 Jamadilakhir 1437H (Jumaat) - JAWI Cawangan Putrajaya dan Surau Al-Muhajirin Persint 9 Putrajaya telah menjemput YBhg, SS Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri untuk menyampaikan tazkirah Jumaat Khas dan khatib jemputan bertempat di Dewan Solat Utama Surau Al-Muhajirin di sini sempena Majlis Perasmian bangunan baru Surau Al-Muhajirin yang telah siap sepenuhnya bermula pada April 2015.

Tazkirah Jumaat Khas ini bermula pada jam 12.35 tengah hari dan selesai kira-kira jam 1.15 petang. Kira-kira 1000 jemaah telah membanjiri Dewan Solat Surau.Anak-anak kariah berdekatan turut bersama-sama memeriahkan Tazkirah Khas ini. Tazkirah kali ini menerangkan kepada ahli kariah segala permasalahan yang timbul supaya dapat dijelaskan dan difahami dengan terperinci.

Antara intipati Tazkirah dan Khutbah JUmaat Khas yang disampaikan ialah berkenaan tafsir surah Al-Asr (Demi Masa). YBhg,SS Datuk Dr.Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri mengingatkan kepada para jemaah berkenaan kepentingan masa yang digunakan dalam kehidupan seharian kita dan menjadikan seperti Ulama’ yang terdahulu sebagai contoh, yang mana umurnya pendek tetapi bakti dan sumbangannya kepada umat Islam amat banyak.


mufti01 mufti05
mufti02 mufti03
 mufti07  mufti04

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel