05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelajar SMK Taman Maluri Belajar Mengurus Jenazah

 
maluri7

12 April 2016 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menjalankan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri pada 6 April 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Program melibatkan seramai 120 orang pelajar tingkatan 3 itu bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang telah dikendalikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustazah Salasia binti Isdal dibantu oleh 2 orang fasilitator, Ustaz Mohd Zainuri bin Rawi dan Ustazah Raisah bt. Abu Bakar.

Kursus yang merangkumi teori dan praktikal pengurusan jenazah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar smk taman maluri. Adalah diharapkan para pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan sekaligus dapat dipraktikkan di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 


maluri6 maluri4
maluri10 maluri5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel