Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

DSC 2351

 

17 Mei 2016 ( Selasa )-  Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, telah mengadakan satu Kejohanan Futsal Belia Masjid Al-Akram, bertempat di Padang Futsal terbuka Flat Sri Perlis 1 dan Padang Futsal Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2016.

Program bermula seawal  jam 7.30 pagi, iaitu sesi pendaftaran setiap kumpulan yang menyertai pertandingan . Seramai 24 kumpulan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada belia berumur 15tahun sehingga 30 tahun sahaja dan tertutup kepada anak kariah Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat. Hasil daripada  program ini, di harap agar semua peserta yang terlibat dapat  bersama-sama dalam mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Dengan wujudnya program sedemikian, secara tidak langsung telah mendekatkan belia-belia Datuk Keramat ke masjid serta membuka minda mereka agar persepsi mereka tidak hanya tertumpu kepada masjid adalah tempat ibadah semata-mata.

Majlis Perasmian telah di sempurnakan oleh YB Datuk Johari Bin Abdul Ghani, selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.bertempat di  Dewan Serbaguna   Masjid Al-Akram

 

DSC 2339 2342
2340 2341
   


Disediakan Oleh:


Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel