05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Diskusi Keluarga Bersama OKU Cacat Penglihatan 2016

 
okubuta8

 

11 April 2016 | 03 Rejab 1437H (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah, dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah mengadakan Program Diskusi Keluarga bersama Orang Kurang Upaya Cacat Penglihatan bertempat di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur pada 10 April 2016 (Ahad).

Program yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang telah melibatkan peserta OKU Cacat Penglihatan seramai 150 orang. Ceramah yang bertajuk ‘Nikah, Cerai dan Rujuk Serta Implikasi Dalam Perundangan Syariah’ telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Norazman bin Amat, Ketua Eksekutif, Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Ia diadakan khas kepada golongan sasar berikutan masalah sosial dan masalah rumahtangga yang semakin meningkat melibatkan golongan minoriti ini. Fokus utama ceramah adalah memberi kesedaran dan menerapkan pengetahuan asas berkenaan dengan hak suami, isteri dan anak-anak serta bagaimana untuk menghadapi masalah atau konflik dalam rumahtangga. Pelbagai soalan telah diajukan kepada penceramah berkenaan dengan kes-kes perceraian dan perhubungan suami isteri.

Secara keseluruhannya program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang sangat positif daripada para peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

 


okubuta7 okubuta9
okubuta4 okubuta6
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel