05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penyerahan Peralatan Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan Labuan

 

 IMG 4000

 


7 Mei 2016 (Sabtu) | 29 Rejab 1437H
 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah berjaya mengadakan Majlis Penyerahan Peralatan Pembersihan untuk Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan Labuan pada 7 Mei 2016 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah, Kg Lajau, Wilayah Persekutuan , Labuan.

 

Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan P166, merangkap Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Labuan. Peralatan pembersihan telah diserahkan oleh YB Datuk Rozman kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menyelia dan mengurus semua tanah perkuburan di Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Rithuan bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan Ustaz Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Pemberian peralatan tersebut sebagai satu langkah yang diambil oleh JAWI ke arah memastikan tanah perkuburan Islam berada di dalam keadaan bersih serta terjaga keindahannya. Ia juga dapat membantu jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti gotong royong pembersihan yang sememangnya di laksanakan saban tahun.

 

pembersihan 1  permbersihan 2 
 pembersihan 3  pembersihan 4

 

 

Disediakan oleh :

JAWI Labuan


Cetak   Emel