05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

2222

10 April 2016 (Ahad)-  Masjid Saidina Ali K.W Kampung Padang Balang, Sentul telah mengadakan program Santai Bersama Warga Emas. Program berbentuk  bicara ilmu telah disampaikan oleh Profesor  Madya Dr  Fauzi bin Deraman . Program Santai ini berlangsung di anjung Masjid Saidina Ali K.W.

Program selama hampir 2 jam bermula selepas solat fardhu Asar telah menarik warga emas kariah Masjid Saidina Ali seramai 150 orang. Tujuan utama  program ini:

  • Memupuk sikap cintakan Masjid.
  • Memberi kesedaran kepada warga emas ke manakah harus dihabiskan baki sisa umur yang masih tinggal sebelum dijemput menghadap Ilahi.
  • Merapatkan ukhuwwah di kalangan warga emas.
  • Membentuk sikap prihatin dan peka terutama berkaitan dengan hal ehwal  keagamaan.

Program ini berakhir dengan di sajikan jamuan minum petang yang disediakan oleh Jawatankuasa Masjid Saidina Ali K.W dan bacaan doa penutup majlis oleh Ketua Imam Masjid Saidina Ali K.W Ustaz Amir Hamzah Bin Mohd Yusof.

 

1111 3333
4444
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Ali K.W, Pusat Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid.


 


Cetak   Emel