BENGKEL PENYEDIAAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (S.O.P) BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID
29 Mac 2016 – Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), JAWI telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Standard Operating Procedure (S.O.P) Bahagian Pengurusan Masjid bertempat di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Bengkel ini diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPM dan dibantu oleh Tuan Haji Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah BPM yang bertindak sebagai pemudahcara Bengkel. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk menyelaras semula Manual Prosedur Kerja bagi bidang tugas utama Bahagian ini supaya dapat dijadikan sebagai Standard Operating Procedure (S.O.P) yang akan menjadi panduan kepada Jabatan dan masyarakat awam. Dengan terhasilnya (S.O.P) Bahagian ini, diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kualiti Pengurusan Masjid/ Surau di dalam Wilayah Persekutuan. Foto dan teks oleh: Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |