06 April 2016 (Rabu) – Pusat Zon 4 dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur telah mengadakan PROGRAM MEMBINA KARISMA ANDA pada 6 April 2016 di Hotel De’ Palma, Ampang. Program ini diwajibkan kepada semua 8 orang ahli jawatankuasa masjid (Ajk) dan 11 orang pegawai masjid yang terdiri daripada Imam, Bilal dan Noja bagi melahirkan modal insan yang cekap serta professional dalam pentadbiran dan pengurusan. Program seumpama ini dijalankan selama setengah hari yang bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang. Haji Yahaya bin Haji Din, Pengerusi Masjid Al-Muttaqin telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan amanat seterusnya merasmikan program tersebut dengan jayanya. Turut hadir Haji Mohammad Mokhtar bin Ali, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Muttaqin yang juga bertindak sebagai penceramah bagi program tersebut.
Bahagian Pengurusan Masjid, Pusat Zon 4, JAWI, Kuala Lumpur |