09 Mac 2016M / 29 Jamadilawal 1437H (Rabu) – Unit Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan Program CJS Talk yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 5, Presint 5, Putrajaya.
Program CJS Talk merupakan suatu program untuk menjelaskan tentang seksyen-seksyen dan Akta yang terdapat dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan. Peserta Program CJS Talk ini seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 5, Presint 5, Putrajaya. Pengisian Program:- Ceramah yang berkaitan dengan
Program ini juga diselitkan dengan sesi soal jawab, dimana banyak soalan telah ditimbulkan oleh pelajar-pelajar berkaitan dengan seksyen yang telah dijelaskan.Majlis Penutup program ini dan penyampaian cendera hati telah disempurnakan oleh Puan Helena, Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 5, Presint 5, Putrajaya. Rumusan:- Program CJS Talk ini adalah salah satu usaha untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah berkaitan dengan Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan. Program ini juga telah mendapat respon yang positif daripada Pejabat Pendidikan Daerah di Putrajaya dan juga Pihak Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 5, Putrajaya. Program CJS Talk ini juga diharapkan dapat dijelaskan kepada semua sekolah di sekitar putrajaya dan kepada semua guru-guru yang berkhidmat di sekolah sekitar putrajaya. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.
|