05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

6

12 Mac 2016 (Sabtu) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 1 dengan kerjasama Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang dan Persatuan Kumpulan Muslimat Zon 1 telah menganjurkan Kem Kepimpinan Remaja Masjid Zon 1 bertempat di Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur pada 12 – 13 Mac 2016M.

Seramai 62 orang peserta remaja  telah berjaya memanfaatkan kem 2 hari  1 malam ini.  Kem ini dikendalikan oleh KuisCELL. Sdn. Bhd. yang mana antara slot pengisiannya ialah  Stail Kepimpinan, Explore Masjid, Management Games, Komunikasi Persuasif dan Asertif, Qiamullail dan Bersama Ustaz Don Daniyal.

Antara objektif program ini ialah :-

  • - Melatih remaja rasa bertanggungjawab, berdisiplin dan matang dalam menanggani sebarang    
      masalah.
  • - Menyerlahkan karakter kepimpinan di kalangan remaja kerana mereka adalah pemimpin generasi masa depan.
  • - Meningkatkan kesedaran remaja mengenai kepentingan pemimpin yang berjiwa agama.

Perasmian Kem Kepimpinan Remaja Masjid Zon 1 telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Yaakob bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.  Turut hadir ialah Ustaz Osman bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Zon 1, Tn. Hj. Ab. Wahab Bin Abdullah, Pengerusi Masjid Al-Zakirin dan Pn. Hjh. Shamsun Binti Abd Majid, Pengerusi Muslimat Zon 1.

 

1 2
3 4
5 7
   


Disediakan Oleh:
Pusat Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel