05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

BQIA1

 

12 Mac (Sabtu), Masjid Ibn Abbas,Danau Kota dengan kerjasama Rumah Anak Yatim Penyayang Nur Iman Taman Ibu Kota telah menganjurkan Bengkel al Quran. Bengkel al Quran ini telah diadakan selama 1 minggu mulai hari ini sehinggalah 18 Mac sebagai pengisian masa lapang cuti persekolahan bagi penghuni rumah anak yatim Penyayang Nur Iman Taman Ibu Kota .

Program yang disertai seramai 50 penghuni rumah anak yatim tersebut bermatlamat memberi kefahaman mengenai ilmu al Quran dan meningkat tahap bacaan peserta telah dikendalikan oleh imam-imam masjid Ibn Abbas yang diterajui oleh Ustaz Shukri bin Shafie. Program yang dijalankan ini secara langsung membuktikan bahawa pengurusan masjid mengambil cakna rumah anak yatim di sekitarnya dengan mengadakan program bersama dengan rumah anak yatim tersebut. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan kecil supaya peserta dapat menguasai ilmu al Quran dengan mudah. 

   

BQIA2 BQIA3
BQIA4 BQIA5
   


Disediakan Oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel