05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“Ziarah Dakwah” Beri Semangat Kepada Pesakit Di Hospital

fd4f2690-1a04-4878-8ca0-50deb4092e10

 

10 Mac 2016 - Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah dengan membuat lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah telah membuat lawatan ke Wad 6 Surgical diketuai oleh Ustaz Mohamad Rosly bin Omar yang merupakan pegawai penempatan JAWI di PPUM. Ziarah Dakwah adalah merupakan aktiviti bulanan Bahagian Pengurusan Dakwah menerusi Unit Kebajikan Islam bertujuan untuk merapatkan ukhwah dalam menjalankan dakwah bil hal bukan sahaja kepada pesakit malahan juga kepada kakitangan yang bertugas di hospital.

Peserta ziarah turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan di samping mengedarkan risalah panduan ibadah pesakit dan menunjuk ajar cara beribadah semasa sakit kepada para pesakit di Wad 6 Surgical PPUM. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital memahami kaedah beribadat bagi pesakit dengan lebih tepat di samping turut memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T

 

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH

 

 

c6e5cd00-06c4-4e59-9b4c-947f42284e59 4ba4a0fe-e854-4fb6-b2c0-d7d2b1ba2849 
a54c95ce-f50f-40a2-b595-10d37c56ccf6 

Cetak   Emel