05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ambil Cakna Anak-Anak Yatim

IMG 20160223 110159 HDR

 

 

23 Februari 2016 - Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Kebajikan dengan membuat lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah di Kampung Giching Hilir, Sepang. Rumah Anak-Anak Yatim ini telah mula beroperasi sejak 5 tahun yang lepas dan menempatkan seramai 76 orang pelajar tahap sekolah rendah dan 23 orang remaja. Seramai 8 orang pegawai dan kakitangan Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah diketuai oleh Ustaz Mohd Sharif bin Khairul Anuar telah disambut oleh Pengerusi Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Barokah wal Mahabbah, Puan Norlida binti Rosidi. Anggota rombongan telah meluangkan masa berbual dan beramah-mesra bersama guru-guru dan anak-anak yatim di samping turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan barangan dapur. Adalah diharapkan dengan ziarah dan sumbangan yang diberikan ini akan dapat membantu kehidupan seharian anak-anak yatim yang serba kekurangan ini. Insya-Allah

 

IMG 20160223 101523 HDR  IMG 20160223 104455 HDR 
 IMG 20160223 110240 HDR  IMG 20160223 110231 HDR

 

 

                              DISEDIAKAN OLEH :

                              BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH                               

 

 


Cetak   Emel