05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 0483

9 Mac 2016 (Rabu)- Solat Gerhana Matahari telah dilaksanakan di semua masjid di bawah Pentadbiran Pusat Zon 4 dimana penyertaan daripada ahli Jemaah terdiri daripada lelaki, wanita, remaja dan juga kanak-kanak amatlah memberangsangkan.Solat ini dilakukan dua rakaat, mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat . Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana matahari. Dua kali khutbah(seperti khutbah raya).

Kejadian gerhana matahari berlaku akibat dari kedudukan sejajar antara matahari, bulan dan bumi. Kedudukan sebegini akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi kerana itu ia dinamakan gerhana.

Peristiwa yang berlaku pada hari ini memperlihatkan kepada kita semua akan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang mutlak. Peristiwa ini menarik perhatian jutaan manusia seluruh dunia untuk menyaksikan suatu fenomena alam yang ajaib dan bukti kekuasaan Allah SWT yang tiada tolak bandingnya. Bagi umat Islam, peristiwa seumpama ini sebenarnya bagi memperteguhkan dan memantapkan lagi keimanan serta manjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT. 

 

IMG 0479 IMG 0480
IMG 0487 IMG 0489
   


Disediakan Oleh:
Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel