05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1437H/2016M

MTQLast IMG 4428

4 Mac 2016M | 24 Jamadilawal 1437H (Jumaat) –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1437H/2016M bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

 

Acara ini diadakan bagi mencari qari dan qariah terbaik bagi mewakili Majlis Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 21-26 Mac ini di Putrajaya. Di samping melahirkan generasi yang cinta dan mahir membaca Al-Quran, ia juga bertujuan menarik minat masyarakat mendekati, memahami dan menyemarakkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Al-Quran.  

Majlis dengan tema ”Perpaduan Nadi Transformasi Negara” ini, mempertandingkan 5 orang qari dan 5 orang qariah yang telah dipilih dari peringkat zon iaitu Zon A, B, Putrajaya, Labuan dan dua orang johan menunggu. Hampir 1,000 yang hadir dari pelbagai agensi, masjid, IPT dan juga masyarakat awam. Majlis Penutup dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Y.Brs Pengarah JAWI, Tuan Hj Paimuzi B Yahya manakala Ucapan Perasmian Penutup disampaikan oleh YBYB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’  Dusuki, Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Menariknya majlis kali ini diserikan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Shautul Hidayah yang terdiri daripada pelajar muallaf dari Darul Hidayah JAWI dari pelbagai bangsa.

Pengumuman Keputusan  Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1434H/ 2013M telah disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim yang mengetuai 8 ahli jemaah hakim berdasarkan bacaan mengikut empat bidang iaitu Tajwid 40%, Tarannum 25%, Fasohah 20% dan Suara 15%. Tempat pertama Qari disandang oleh Wan Fakhrul Razi Bin Wan Mohamadmanakala Johan Qariah disandang oleh Che Minah Binti Che Awangyang masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM5,000.00, pakej haji dan sijil penyertaan.

MTQLast IMG 4379 MTQLast IMG 4360
MTQLast IMG 4405 MTQLast IMG 4528
MTQLast IMG 4577 MTQLast IMG 4602

Foto oleh Unit Komunikasi Korporat dan Teks Berita oleh Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel