05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Meriah Di Jom Subuh Bagi Penuh 1.0 Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam

SMAK1

20 Februari 2016 | 11 Jamadil Awal 1437h (Sabtu) – Kemeriahan waktu subuh dirasai oleh lebih 700 orang ahli jemaah di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam dalam Slot Salam Khadijiah yang menampilkan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dan Imam Muda Asyraf sebagai panel bersama Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi selaku moderator bagi Forum yang bertajuk ‘Free Sabilillah Vs Fee Sabilillah’. Program Jom Subuh Bagi Penuh 1.0 yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Shahril Abd Samat (Naqib Masjid) ini julung-julung kalinya diadakan di Masjid ini sebagai satu galakan pengimarahan Masjid oleh masyarakat setempat khasnya selain mengeratkan ukhwah sesama masyarakat yang bermastautin di Kg.Pantai Dalam. Namun, tidak dinafikan kehadiran masyarakat luar kariah ke program ini juga memberi penghargaan besar dan impak yang positif kepada jawatankuasa kariah serta pihak pengurusan dan pentadbiran Masjid selaku penganjur.

Jom Subuh Bagi Penuh 1.0 tidak hanya dihadiri oleh masyarakat awam sekitar, terdapat juga pelajar dan guru serta badan persatuan belia yang turut bersama-sama hadirkan diri memenuhi ruang-ruang di majlis ilmu ini. Antara yang terlibat ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Vokasional Kajang, Kolej Vokasional Sg. Buloh, Institut Profesional Baitulmal, Sekolah Islam Adni serta Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Program ini ternyata berbekas di hati para Jemaah dan diharap untuk terus diadakan lagi pada masa akan datang. Begitu juga para panelis yang menyokong penuh program ini. Sebelum Subuh berjemaah dan Slot Forum, para Jemaah menghidupkan 2/3 malam mereka dengan Qiamullail Perdana yang telah dipimpin oleh Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi manakala malam sebelumnya dibakar semangat motivasi bersama Prof. Mohd Nor Mamat, Timbalan Dekan (HEP) Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam.Selepas selesai forum, tetamu yang hadir berpeluang bersarapan bersama panelis dengan hidangan istimewa kambing golek khas kepada jemaah yang disayangi. Program Jom Subuh Bagi Penuh 1.0 diakhiri dengan slot Dhuha Power Talk yang telah disampaikan oleh Cikgu Mahadi Mohd Isma’ely daripada Akademi Latihan Profesional Islam Malaysia(ALPIM).

 

SMAK2 SMAK3
SMAK4 SMAK5
SMAK6 SMAK7

Disediakan Oleh:
Masjid Al-Khadijiah,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel