05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016

MTQZonB IMG 3681

25 Februari 2016 (Khamis) – Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Wilayah Persekutuan Zon B diteruskan lagi bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru wakil peserta seterusnya memilih calon Qari dan Qariah untuk bertanding mewakili Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan. MTQ Peringkat Wilayah Persekutuan Zon B anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diadakan bertempat di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

MTQ Peringkat Zon B merupakan gabungan masjid-masjid dan surau-surau daripada Pusat Zon 3, 5 dan 6. Sambutan pada majlis kali ini amat menggalakkan dan merupakan tahun ke-3 diadakan di Peringkat Zon B, di mana Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6 terpilih menjadi tuan rumah.

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada 11 Qari dan 5 Qariah telah menyertai dalam mempertandingkan bacaan terbaik ayat suci al-Quran yang dinilai mengikut kategori tajwid, taranum, fasohah dan suara oleh juri-juri pilihan untuk mewakili Zon B dan akan meneruskan perujian di Peringkat Wilayah Persekutuan.

Sebagai pembuka tirai Majlis Perasmian Penutup MTQ Peringkat Zon B ini dimulakan dengan Persembahan Nasyid Kumpulan Al-Imtiyyaz Aula daripada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama Al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Majlis Penutup MTQ Peringkat Zon B ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengumuman keputusan pemenang bagi peserta Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B disampaikan oleh Setiausaha Jemaah Hakim Ustaz Mohd Firdaus Bin Rosli, Ketua Imam Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Bharu, Kuala Lumpur.

Antara para pemenang yang terpilih dalam MTQ Peringkat Zon B bagi kategori Qari ialah Johan dimenangi oleh, Qari Khalid Bin Isa dengan markah 91%, Naib Johan dimenangi oleh, Qari Razlee @ Roslee Bin Asmat dengan markah 87.5% dan tempat ketiga Qari Ahmad Naeim Bin Mohd @ Mat Isa dengan markah 85%. Manakala bagi kategori Qariah pula, Johan dimenangi oleh, Qariah Che Minah Binti Awang dengan markah 89.5%, Naib Johan, Qariah Noorul Hasliza Binti Ahmad dengan markah 87% dan ketiga, Qariah Afifah Binti Haji Bachok dengan markah 85%. Semua mereka menerima hadiah berupa wang tunai, plug dan sijil penyertaan.

Turut hadir, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Bin Mohamed Nor, Pengerusi Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Ibrahim Bin Thamby Chik, Ahli Lembaga MAIWP, YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi dan YBhg. Tuan Haji Jaafar Bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kali Ke-3 ini telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Masjid dan Bahagian Dakwah JAWI, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur serta Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3 & 5 JAWI.

Majlis Tilawah
Al
-Quran Peringkat Zon (B) Wilayah Persekutuan Kuala Lump
ur Kali Ke-3 ini
telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Masjid dan B
ahagian Dakwah Jabatan Agam
Islam Wilayah Persekutuan, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr I
smail Kuala Lumpur, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Taman Tun Dr
Ismail Kuala Lumpur, serta Pejabat
Pentadbiran Pusat Zon 3 dan 5 Jabatan Agama Islam Wi
layah Persekutuan.
Majlis Tilawah
Al
-Quran Peringkat Zon (B) Wilayah Persekutuan Kuala Lum
ur Kali Ke-3 ini
telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Masjid dan B
ahagian Dakwah Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr I
smail Kuala Lumpur, Dewa
Bandaraya Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Taman Tun Dr
Ismail Kual
Pentadbiran Pusat Zon 3 dan 5 Jabatan Agama Islam
layah Persekutuan.
MTQZonB IMG 3645 MTQZonB IMG 3635
MTQZonB IMG 3667 MTQZonB IMG 3661
MTQZonB IMG 3631 MTQZonB IMG 3654
MTQZonB IMG 3675 MTQZonB IMG 3640
MTQZonB IMG 3692 MTQZonB IMG 3725

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel