05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

z2

 

 

16 Februari 2016(Selasa) – Pusat Zon 4 dengan kerjasama Masjid Al-Akram serta beberapa agensi dan NGO’s  telah bekerjasama mengadakan Malam Cinta Rasul Siri ke-3 2016/1437. Majlis ini diserikan dengan kehadiran pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan solat Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Imam dari Makkah, Fadhilatus Syeikh Idris.

Antara objektif utamanya adalah bagi meningkatkan kecintaan kepada Baginda Muhammad SAW bukan sekadar dalam bulan Rabiulawal sahaja tetapi disemarakkan juga pada bulan-bulan lain. Selain itu juga, inilah wadah terbaik bagi menghimpunkan seluruh warga Datuk Keramat untuk mengimarahkan program-program masjid.

Malam Cinta Rasul ini dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan Pertandingan Azan Remaja yang disertai 45 orang peserta di kalangan remaja. Pada jam 2.00 petang, 20 kumpulan qasidah bertanding dalam Pertandingan Qasidah. Kemuncaknya adalah persembahan kumpulan Qasidah Al-Yamani diikuti oleh Ceramah Perdana oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan juga majlis berselawat. Program berakhir jam 11.00 malam.

 

z3 z4
z5 z1
   

Disediakan Oleh:  

                                                                                                                          
Pusat Zon 4,

Bahagian Pengurusan Masjid,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 


Cetak   Emel