05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

dk1

 

 

16 Februari 2016 (Selasa) Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB) telah menerima rombongan lawatan kerja dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) yang diketuai oleh YH Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah JAIP dan 14 orang pegawai. Lawatan Kerja JAIP ke Asrama Darul Hidayah telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, KPPK(D), Ustazah Maizura binti Shamsuddin, KPP(CKSB) dan Pegawai serta Kakitangan CKSB. Lawatan tersebut merupakan jalinan kerjasama bagi perkongsian maklumat dan pengalaman JAWI menerusi CKSB dalam mengurus tadbir hal ehwal saudara baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pihak JAIP akan menubuhkan Rumah Perlindungan dan Latihan Saudara Baru Negeri Pahang dan menjadikan Asrama Darul Hidayah antara model rujukan bagi melaksanakan operasi rumah perlindungan dan latihan tersebut. Perkongsian maklumat dan pengalaman JAWI dizahirkan melalui sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Ustazah Maizura binti Shamsuddin, KPP(CKSB). Seterusnya rombongan lawatan kerja JAIP dibawa melawat ke semua kemudahan yang terdapat di Asrama Darul Hidayah.

 

dk2 dk3
dk4 dk5
 dk6  dk7

Disediakan Oleh:  

                                                                                                                          
Bahagian Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

 


Cetak   Emel