29 Januari 2016M / 19 Rabi'ulakhir 1437H (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan sesi lawatan tapak bersama YBhg Pengarah JAWI di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Presint 3. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya bersama 8 orang pegawai dan 3 orang wakil Bahagian Pembangunan JAWI. YBhg Pengarah JAWI telah mendapati beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kelengkapan dan hiasan dalaman bagi ruang lantai JAWI Cawangan Putrajaya. Ianya bertujuan untuk memastikan kelengkapan dan hiasan dalaman bagi JAWI Cawangan Putrajaya dalam keadaan baik dan patuh piawaian syariah (Shariah Compliance). Lawatan tapak telah dimulakan dengan sesi penerangan berkenaan kemajuan pembinaan pejabat JAWI Cawangan Putrajaya di KIP oleh wakil THP Bina Sdn Bhd. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya. |