05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

aa1

 

 

16 Febuari 2016 (Selasa) - Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan Program I love Islam pada 13 Febuari 2016 bertempat diperkarangan masjid.

 

Program 1 hari ini telah dimulai dengan Bengkel ‘Jom Bercerita’ yang telah diadakan pada sebelah pagi bermula 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang melibatkan beberapa buah Sekolah Rendah Agama sekitar Wangsa Maju. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai teknik-teknik penyampaian dari segi gaya, intonasi suara serta penghayatan cerita yang betul. Penglibatan peserta terdiri daripada Tahun 2 sehingga Tahun 6.

 

Manakala sebelah petang, program diteruskan dengan aktiviti berbasikal dan bermotorsikal dengan mengedarkan belon serta risalah mengenai ‘Hari Anti-Valentine Day’ kepada orang awam sekitar Shopping Complex Wangsa Walk, Wangsa Melawati. Acara tersebut telah bermula pada jam 4.00 petang dengan taklimat yang telah disampaikan oleh Ar Haji Hamka bin Abu Dardak. Penyertaan ini melibatkan 20 orang berbasikal dan 23 orang bermotorsikal. Perlepasan program telah dilaksanakan oleh Ir Haji Mokhtar bin Mohammad Ali selaku Timbalan Pengerusi Masjid pada jam 5.30 petang.

 

Acara kemuncak program I Love Islam adalah pada sebelah malam dengan diadakan Halaqah yang bertajuk ‘Remaja Jauhi Maksiat’ yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Idzhar (Imam Muda), Ustazah Fatimah Syarha (Penceramah Bebas) dan Ustaz Amir (Qori Wilayah Persekutuan). Halaqah tersebut telah diadakan selepas solat maghrib sehingga 9.00 malam. Penglibatan pengunjung adalah diantara 30 hingga 400 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim yang mewakili beberapa buah rumah anak yatim, maahad tahfiz, kariah dan luar kariah masjid. Seterusnya, program disusuli dengan penyerahan sumbangan kepada 4 buah Pertubuhan Anak-Anak Yatim sekitar Ulu Klang.

 

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim selaku Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. 

 

aa2 aa3
aa4 aa5
   

Disediakan Oleh:                                                                                                                             
Pusat Zon 4,

Bahagian Pengurusan Masjid,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 


Cetak   Emel