05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MTQ2016 1

 

16 Februari 2016M / 7 Jamadilawal 1437H (Selasa) - Unit Pengurusan MasjidJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Kali Ke-3 Tahun 1437H/2016M yang berlangsung di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru seterusnya memilih calon qari dan qariah yang berkelayakan bagi mewakili peringkat Wilayah Persekutuan. Sambutan pada majlis kali ini amat memberangsangkan dengan penyertaanseramai 20 peserta yang terdiri daripada 11 qari dan 9 qariah telah mengambil bahagian.

Johan Qari dimenangi oleh Zainuddin Ab Rahman diikuti Mohd Tarmizi Abdul Satar selaku naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Shazerri Che Daud.

Bagi kategori qariah, johan dimenangi oleh Pn. Zaharah Ahamd diikuti Pn. Nor Azizah Ishak selaku naib johan dan Pn. Roslah Mohd Rani di tempat ketiga.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan DG-wa, Jakim dan kumpulan Shoutul Iltizam yang merupakan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11, Putrajaya.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan manakala pengumuman keputusan disampaikan oleh Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya. Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan.
 
MTQ2016 6 MTQ2016 7
MTQ2016 4 MTQ2016 5
 MTQ2016 2  MTQ2016 3

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.


Cetak   Emel