05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

CDM1

 

13 hingga 14 Februari 2016 (Sabtu hingga Ahad) - Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL) dengan kerjasama IslamiCare Reverts Support (IRS), Malaysian On Covering Aurah (MOCA), Aman Palestin Berhad dan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) telah menjalankan program tersebut pada 13&14 Febuari 2016, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran belia dan masyarakat mengenai peri penting mengamalkan kehidupan mengikut acuan Islam melalui teknik dakwah yang santai dan berkesan. Kempen Menutup Aurat “Cantik di Mata” yang diusahakan juga adalah bertujuan memberi kesedaran tentang kewajipan menjaga dan menutup aurat bagi lelaki dan wanita. Kempen ini juga berusaha meningkatkan kesedaran mengenai pengharaman sambutan ‘Valentine Day’ kepada yang beragama Islam.

 

13 Febuari 2016, Sabtu jam 9.00 malam, acara telah dimulakan dengan sesi penerangan ‘Dakwah itu Mudah’ oleh IslamiCare Reverts Support (IRS) kepada para sukarelawan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan disusuli dengan Midnight Walk meninjau dan melihat realiti keadaan Kotaraya Kuala Lumpur pada lewat malam . Kemudian acara diteruskan pada 14 Feb 2016, jam 4.30 pagi bersama Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) menyantuni rakan jalanan melalui program ‘The Giving Project’. Street Dakwah bertemakan Kempen Menutup Aurat “Cantik di Mata” telah diteruskan pada jam 9.00 pagi. Seramai kira-kira 60 orang sukarelawan telah menggerakkan kempen tersebut, dengan mensasarkan 3 lokasi utama iaitu perkarangan Masjid Jamek, perkarangan Masjid India dan SOGO. 

CDM2 CDM4
CDM5 CDM6
   

Disediakan Oleh:                                                                                                                             
Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur,
Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

 


Cetak   Emel