05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Peragaan Busana Muslimat Zon 4

 

 

 IMG 9301

3 Februari 2016 (Rabu) - Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Biro Muslimat & Pendidikan, telah mengadakan  program peragaan busana muslimah pada 29 Januari 2016 di Dewan Serbaguna Masjid.

Program ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Peserta program adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada kariah masjid dan sekitarnya. Di dalam program ini, setiap peserta perlu memperagakan busana muslimah lengkap yang bersesuaian. Setiap peserta akan dinilai oleh juri jemputan iaitu Hj Mohd Iszal Bin Ismail merupakan seorang pereka fesyen pakaian muslimah dan YM Datin Dr Hajah Raja Mazuin Binti Raja Abdul Aziz selaku Ketua Muslimah Masjid Al-Muttaqin.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada muslimah tentang konsep pakaian yang bersesuaian untuk majlis tertentu. Tidak ketinggalan, juri jemputan juga telah berkongsi beberapa tips dan cara pemakaian muslimah yang betul mengikut syariat.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Hj Yahaya Bin Hj Din selaku Pengerusi Masjid Al-Muttaqin.

 

 

IMG 9299  IMG 9304
IMG 9327  IMG 9298

 

Disediakan oleh :

Pusat Zon 4 

Bahagian Pengurusan Masjid

 

 


Cetak   Emel