05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ss2

16 Januari 2016 - Masjid Amaniah Kepong bersama-sama Masjid Amaniah Consultancy (MAC) dan Amaniah Muallaf Care Centre (AMCC) telah menganjurkan Kursus Smart Solat Saudara Muslim (Muallaf) pada hari Sabtu, 16 Januari 2016M bersamaan 06 Rabiul Akhir 1437H, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Masjid Amaniah, Jalan Besar Kepong, 52100 Kuala Lumpur. Kursus Solat ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta (muallaf) tentang kepentingan solat dalam kehidupan seorang muslim. Objektif yang kedua ialah memberi tunjuk ajar kepada para peserta berkenaan kaedah solat yang betul dan mendekatkan saudara muslim (muallaf) dengan institusi Masjid. Konsep kursus ini ialah teori dan praktikal. Teori (ceramah) disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Manakala fasilitator kursus ini ialah Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad (Ketua Imam, Masjid Amaniah Kepong), Ustaz Ismail bin Mohd Arshad (Ketua Bilal, Masjid Amaniah Kepong), Ustaz Mat Tamidi bin Abdul Rani (Pembantu Bilal, Masjid Amaniah Kepong), Ustazah Fudzla binti Adenan (kelulusan universiti Jordan) dan Ustazah Norsidah binti Harun (pendakwah bebas). Jumlah peserta yang hadir ialah 90 orang. Kursus Smart Solat ini telah ditangguhkan oleh Y.Berusaha Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beliau juga telah sudi merasmikan Bilik Kuliah Ibnu Abbas, untuk kegunaan sesi pengajian Amaniah Muallaf Care Centre. Antara perkara yang disentuh dalam ucapan beliau ialah solat merupakan amalan pertama yang akan dipersoalkan kelak, kejayaan akan diperolehi oleh orang-orang yang khusyuk dalam solat dan beliau menghargai pihak Masjid Amaniah Kepong yang menganjurkan programprogram ilmu untuk masyarakat. Semoga kursus sebegini dapat melahirkan lagi lebih ramai Saudara Muslim (Muallaf) yang berilmu, insya Allah.

 

ss8 ss7
ss6 ss5
 ss4  ss3
ss9 ss1


Disediakan Oleh:                                                                                                                            

Pusat Zon 1,

Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel