05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2015 Peringkat Wilayah Persekutuan

UPKK 20160121 153338

21 Januari 2016 (Khamis) – Pengumuman Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2015 Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan dan disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejurus selepas berakhirnya Majlis Penutup Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2016M pada Sidang Media bertempat di Bilik VVIP, Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam.

Seramai 8139 murid mengambil UPKK bagi tahun 2015 yang terdiri dari 5117 calon dari SRA dan 3022 calon dari Kelas KAFA dan jumlah kehadiran murid adalah 90.28% atau 8139 calon dengan kelulusan 100%. Wilayah Persekutuan mencatatkan pencapaian terbaik bagi tempoh tiga tahun berturut-turut kerana berada dalam senarai 3 teratas atau Top3 bagi kedudukan negeri terbaik mengikut GPN.

Anugerah Kedudukan Negeri Terbaik Mengikut Gred Purata Negeri (GPN), Wilayah Persekutuan merangkul tempat kedua dengan GPS 1.488 (selepas Negeri Selangor dengan beza hanya sebanyak 0.004 mata. Manakala untuk anugerah Pencapaian 8A Terbaik Wilayah Persekutuan juga berjaya menggondol tempat kedua terbaik keseluruhan peratusan 29.99% dengan peningkatan sebanyak 6.32% berbanding tahun lepas, 23.67%.

Calon mendapat 8A bagi kesemua subjek adalah 2441 orang, 7A seramai 851 orang, 6A seramai 849 orang dan seramai 1183 calon mendapat 5A. Wilayah Persekutuan mendapat tempat ketiga terbaik bagi Peratusan Pencapaian Calon Mendapat A Keseluruhan Subjek dengan 53.54% selepas Selangor di tempat pertama dan Melaka di tempat kedua.

Selain itu, Wilayah Persekutuan juga mendapat tempat pertama terbaik keseluruhan bagi subjek JAWI dan LUGHATUL QURAN, tempat kedua bagi subjek ULUM SYARIAH dan tempat ketiga bagi subjek SIRAH dan ADAB. Mata pelajaran yang meningkat peratus kelulusan pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 adalah Amali Solat sebanyak 1% dengan pencapaian 100% lulus dan Lughatul Quran dengan peningkatan 4% menjadi 95%.

Antara sekolah terbaik mengikut peratus 8A terbanyak adalah Kategori KAFA pertama KAFA Al Islah dengan GPS 1.25, kedua KAFA Putra dengan GPS 1.27 dan ketiga KAFA SK Putrajaya 11(2) dengan GPS 1.27. Manakala Kategori SRA, pertama SRA Al Furqan dengan GPS 1.25, kedua SRA Al Kindi dengan 1.27 dan ketiga SRA Al Ghazali dengan GPS 1.27.

Manakala sekolah terbaik mengikut GPS pula, Kategori SRA pertama SRA Al Kindi GPS 1.25, kedua SRA Al Muttaqin GPS 1.27 dan ketiga SRA Al-Ghazali GPS 1.27. Manakala Kategori KAFA pertama KAFA Putra GPS 1.11, kedua KAFA SK Putrajaya 11(2) GPS 1.15 dan ketiga KAFA Al Islah GPS 1.17.

Terdapat enam orang calon cemerlang UPKK 2015 iaitu tempat pertama Farheen Al Firdausi Binti Rozaimi Yazi dari SRA Al Khawarizmi (98.5%), tempat kedua Muhammad Aiman Faris Bin Mohamad Zaidi dari KAFA SK Putrajaya 11(2) (98.4%), tempat ketiga Muhammad Azri Muaz Bin Mohd Kamal dari SRA Al Taufiqiah (98.1%), tempat keempat Nurul Ashikin Binti Zulkiffli dari SRA Raja Muda Musa (98.1%), tempat kelima Nur Ibrah Syakira Binti Muhammad dari SRA Al-Mubarakah (98.1%) dan tempat keenam Sofea Syahida Binti Mohd Zainul Ariffien dari SRA Al-Mubarakah (98.1%).

UPKK 20160121 153249 UPKK 20160121 153516

Foto oleh:

Unit Komunikasi Korporat

Teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

 


Cetak   Emel