05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H 2016M

Hafazan IMG 2590

20 Januari 2016 (Rabu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2016M selama dua hari bermula pada 20 hingga 21 Januari 2016 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam JAWI.

Objektif penganjuran majlis adalah bagi melahirkan seramai mungkin para penghafaz al-Quran di Wilayah-Wilayah Persekutuan serta dapat mengenalpasti peserta yang terbaik untuk mewakili Wilayah Persekutuan ke Peringkat Kebangsaan.

Selain itu, turut mewujudkan pembudayaan dan minat terhadap bacaan dan hafazan al-Quran dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti. Juga untuk menyuburkan budaya masyarakat Islam untuk memperbaiki dan seterusnya menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang hafazan al-Quran.

 

Para peserta yang  terdiri daripada 15 hafiz dan 12 hafizah ini telah dihakimi oleh 8 orang hakim yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Operasi JAWI). Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI. Hadir sama ialah, YBrs. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Operasi JAWI) dan YBrs. Tuan Haji Yusof Bin Mamat (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah) JAWI.

Pemenang Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2016M membawa pulang wang tunai antara RM200 hingga RM3,000, trofi dan sijil penyertaan. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

 

TAHAP 1-10 Juzuk (LELAKI)

KATEGORI

NAMA HAFIZ

JOHAN

:

Muhammad Fitri Naim Bin Roslan

NAIB JOHAN

:

Faris Izwan Bin Nordin

KETIGA

:

Muhammad  ‘Afif Baihaqi Bin Salleh Sani

SAGUHATI

:

Megat Muhamad Afiq Bin Bakri

   

Noorhisham Bin Amiruddin

   

Muhammad Khairin Aqmal Bin Ramlee

     

TAHAP 1-10 Juzuk (PEREMPUAN)

KATEGORI

NAMA HAFIZAH

JOHAN

:

Wisam Husna Binti Ahmad Nazori

NAIB JOHAN

:

Nurnasyirah Binti Mohd Zainal Abidin

KETIGA

:

Izzatul Mutmainnah Binti Mohammad Hasnol

SAGUHATI

:

Syamirah Binti Mazmi

   

Nurafiahana Binti Mohd Zainal Abidin

 

Nuruliman Aufa Binti Mohamad Sukri

   

Asma’ Insyirah Binti Salleh Sani

     

TAHAP 1-20 Juzuk (LELAKI)

KATEGORI

NAMA HAFIZ

JOHAN

:

Abdul Aziz Bin Karim

NAIB JOHAN

:

Mohd Rashid Ridha Bin Mohd Shukri

KETIGA

:

Amir Hambali Bin Amir Hamzah

SAGUHATI              :

Muhammad Azim Bin Fahrul Razi

Muhammad ‘Arifuddin  Bin Azmi

 

Luqman Bin Mohamad Zudin

     

TAHAP 1-20 Juzuk (PEREMPUAN)

KATEGORI

NAMA HAFIZAH

JOHAN

:

Putri Nur Nadia Binti Bakri

NAIB JOHAN

:

Nur Aimi Rasyidah Binti Asep Saefudin

KETIGA

:

Athirah Salihah Binti Al-Azmi

     

TAHAP 1-30 Juzuk (LELAKI)

KATEGORI

NAMA HAFIZ

JOHAN

:

Muhammad Imran Bin Zulzamrin

NAIB JOHAN

:

Muhammad Fauzi Bin Mohd Noor

KETIGA

:

Umair Bin Mohd Hazril Munir @ Umar

     

TAHAP 1-30 Juzuk (PEREMPUAN)

KATEGORI

NAMA HAFIZAH

JOHAN

:

Farihah Binti Zulkifli

NAIB JOHAN

:

Nurul Huda Binti Zazman

     

Semoga para peserta dapat mengulangi kecemerlangan tahun sebelum ini dalam Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 15-20 Februari 2016 di Ipoh, Perak nanti. 

Hafazan IMG 2431 Hafazan IMG 2440
Hafazan IMG 2515 Hafazan IMG 2489
Hafazan IMG 2639 Hafazan IMG 2629
Hafazan IMG 2646 Hafazan IMG 2651
   

Foto dan teks oleh :

Unit Komunikasi Korporat & Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel