05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Muhibah Dari Delegasi Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kabupaten Karimun Ke Ibu Pejabat JAWI

MUI 20151221 115612

21 Disember 2015 (Isnin)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)telah menerima lawatan muhibbah dari delegasi Majelis Ulama Indonesia Kabupaten Karimun pada jam 9.30 pagi.

Lawatan muhibbah ini bertujuan untuk berbincang dan mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu syiah.

Seramai 33 orang ahli turut serta dalam delegasi ini yang diketuai oleh H. Azhar Hasyim, Ketua Umum Majelis Ulama Indonesia Kabupaten Karimun. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan, JAWI. Taklimat berkaitan syiah telah disampaikan oleh Ustaz Abd. Fatah bin Yusof, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAWI.

Lawatan muhibah ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata dari kedua-dua pihak dan sesi bergambar. Delegasi berangkat meninggalkan JAWI sekitar jam 11.30 pagi. Diharapkan lawatan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan dapat menjalin kerjasama yang erat dalam membanteras isu-isu berkaitan syiah sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

MUI 20151221 102831 MUI 20151221 103213
MUI 20151221 103142 MUI 20151221 103223
MUI 20151221 103247 MUI 20151221 115258 001

Foto dan teks oleh:

Unit Komunikasi Korporat, JAWI


Cetak   Emel