05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

MKGR1

 

02 Januari 2016  21 RABIULAWAL 1437H (Sabtu) -  Masjid Jamek Al-Khadijiah dengan kerjasama Komuniti Blok A PPR Pantai Ria dan Pusat Pentadbiran Zon 6, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan program Jom Gunting Rambut di Masjid sempena Back to School 2016 . Program yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan hangat daripada anak kariah apabila seramai 130 peserta telah mengambil bahagian mewakili 100 peserta lelaki dan 30 peserta perempuan.

Bersesuaian dengan peranan masjid sebagai tempat penyatuan anak kariah yang mampu membentuk jaringan sosial yang baik antara masyarakat setempat, Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah telah mengambil anisiatif memberikan perkhidmatan menggunting rambut kepada anak kariah. Perkhidmatan ini memberikan harga potongan sebanyak 50% iaitu  RM 4 kepada golongan dewasa dan  hanya RM 1 kepada golongan kanak-kanak.

Majlis yang telah dirasmikan  oleh Tuan Haji Badrillah bin Abdullah selaku Timbalan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek al  Khadijiah ini telah mendapat kerjasama daripada dua kumpulan gunting rambut profesional di Pantai Dalam iaitu Al-Ikhwan Barbershop dan Walid Barber. Majlis ini bermula sekitar jam 8.00 pagi  sehingga  jam 4.30 petang ini juga diisi dengan pertandingan gubahan sejadah dan gubahan buah nenas serta permainan kanak-kanak untuk memeriahkan suasana. Rata-rata peserta yang hadir amat berpuas hati dengan penganjuran program dan berharap lebih banyak lagi program sebegini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Semoga pengisian program yang telah digarap sepanjang majlis ini berlangsung dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.

MKGR2 MKGR3
MKGR4 MKGR5
MKGR6 MKGR7

 
Disediakan Oleh:

Masjid Jamek Al-Khadijiah,

Pantai Dalam, Kuala Lumpur              

 

 


Cetak   Emel