05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

Program Maulidur-Rasul 1437H Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur

 

MMSAB1

 

8-13 Januari 2016 - Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah mengadakan beberapa sempena Sambutan Maulidul Rasul 1437H. Antara program-program yang menarik, adalah seperti:

 

Aktiviti bermula dengan Tazkirah Khas Jumaat Sempena bulan Kelahiran Rasulullah SAW pada 8 Januari 2016 yang telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Mohd Ridhuan bin Zainal Abidin Penceramah Agama. Pertandingan Nasyid Remaja dan Kanak-kanak telah diadakan pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang dan disertai hampir 100 orang peserta dari 10 kumpulan iaitu melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama Kawasan Bangsar. Pada sebelah malam pula diadakan Diskusi Khas Sempena Maulidur-Rasul serta Kuiz Agama yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr Shamsudin bin Hj Moner ,Pengurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta moderator oleh YBhg. Ustaz Ahmad Sirajuddin Bin Abd Satar, Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur.

Selain itu, Pameran Khas Maulidur-Rasul berkaitan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW seperti Sunnah-Sunnah yang berkaitan dengan Akhlak, Kata-kata dari Tokoh-tokoh bukan Islam tentang Rasulullah, Sunnah Pemakanan Rasulullah dan lain-lain. Pameran tersebut telah berlangsung selama 6 hari bermula pada 8-13 Januari 2016. Pada 13 Januari 2016 (Rabu) Majlis Sambutan Maulidur-Rasul diteruskan lagi dengan Ceramah Khas Dhuha yang bermula jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi dengan Tajuk “Keagungan dan Kebesaran Al-Quran” yang telah disampaikan oleh YBhg. Sheikh Abdullah Al-Jahaf berasal dari Yaman dan telah menetap di Malaysia hampir 3 tahun merupakan Mudir di Keluarga Ribat Al-Quran di Shah Alam Selangor.

 

MMSAB2 MMSAB3
MMSAB4 MMSAB5
MMSAB6 MMSAB7

 
Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,

Bangsar, Kuala Lumpur              

 


Cetak   Emel