05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Jalinan Kerjasama IKIMfm Bersama MWPKL: Apresiasi IKIMfm @ MWPKL 2015

Apresiasi 12

31 Disember 2015 (Khamis) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Jalinan Kerjasama IKIMfm Bersama MWPKL: Apresiasi IKIMfm @ MWPKL selama dua hari sehingga 1 Januari 2016 (Jumaat).

Program ini telah dikunjungi oleh 2,000 peserta yang melibatkan beberapa aktiviti iaitu Kuliah Maghrib disampaikan oleh A.F Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al-Amin, Majlis Pelancaran CD Anugerah Nasyid IKIMfm yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Binti Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dan program diteruskan dengan berlangsungnya Malam Apresiasi IKIMfm 2015 yang telah menampilkan Hafiz Hamidun, Daqmie, Mu’adz Dzulkefly, Azwan Far East, Mikraj & Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al-Amin.

Manakala pada 01 Januari 2016 pula telah diimarahkan dengan slot Qiyamullail dan Kuliah Subuh yang telah dibimbing dan disampaikan oleh A.F Ustaz Shahrizan Bin Daud At-Turabi. Diikuti pula dengan Slot Bedah Buku Rawatan Perubatan Islam Siri 1 & 2 telah sampaikan oleh A.F Ustaz Ahmad Dasuki Bin Abd. Rani yang telah mengupas buku Jin dan Syaitan Dalam Kehidupan Manusia yang diterjemahkan dari kitab Waqiatul Insan Minal Jin wa Syaitan tulisan Wahid Abdus Salam Bali.

Program ini diakhiri dengan Siaran Langsung Usrah Nurani yang diterbit oleh DJ Norhayati Paradi, dibimbing oleh A.F Ustaz Zul Ramli Bin M.Razali dan turut disertai oleh Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman, personaliti tv yang terkenal dengan Program Jejak Rasul dan Cikgu Siti Hajar Ismail, Vocal Consultan. Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan keimanan, ketaqwaan dan keazaman semua peserta yang terlibat dalam meniti tahun baru 2016 insha Allah.

Apresiasi 02 Apresiasi 03
Apresiasi 04 Apresiasi 05
Apresiasi 06 Apresiasi 08

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Cetak   Emel