05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Jalinan Kerjasama dan Agihan Daging Korban Muslim Aid Bersama MWPKL

Agihan 03

30 Disember 2015 (Rabu) – Yayasan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Jalinan Kerjasama Dan Agihan Daging Korban Muslim Aid Bersama MWPKL. Sebanyak 10,400 kilogram (Kg.) daging qurban beku (383 kotak yang setiap kotak mengandungi 27.2kg.) telah diagihkan kepada 140 penerima yang terdiri daripada rumah-rumah kebajikan, masjid-masjid dan mereka yang memerlukan, khususnya di Lembah Kelang. Yayasan Muslim Aid merupakan sebuah badan bukan Kerajaan yang beroperasi dibawah rangkaian Muslim Aid International iaitu organisasi bantuan kemanusiaan dan pembangunan. 

Program ini dimulai dengan bacaan doa dan simbolik penyerahan daging korban oleh Encik Wan Rusli Bin Wan Muda, Yayasan Muslim Aid kepada Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar MWPKL. Dan program diteruskan dengan penyampaian kepada organisasi yang terlibat pada jam 12:30 tengahari dan berakhir pada jam 4:30 petang.

Semoga program seumpama ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan masyarakat yang berkemampuan untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

Agihan 01 Agihan 02

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Cetak   Emel