05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Aktiviti Disayangi Bersama Masyarakat 2015: Lawatan Mahabbah Ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang2 Tua Al-Ikhlas Puchong

Al-Ikhlas 03

29 Disember 2015 (Selasa) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), telah menganjurkan Program Aktiviti Disayangi Bersama Masyarakat 2015: Lawatan Mahabbah Ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang2 Tua Al-Ikhlas Puchong yang beralamat di Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong. Rumah jagaan yang menempatkan seramai 50 orang warga emas yang terdiri 23 orang lelaki dan 27 orang perempuan. Kebanyakan penghuni rumah jagaan tersebut.

Pengalaman beliau sebagai bekas ketua jururawat Hospital Serdang yang mengendalikan pesakit warga emas selama lebih dua dekat telah mendorong Puan Muji Sulaiman, 54 tahun untuk menubuhkan pusat jagaan ini. Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan MWPKL telah turut serta dalam lawatan ini.

Program ini bertujuan untuk mendampingi masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan, menggalakkan semangat cintakan warga emas di kalangan generasi muda dan menanam sikap prihatin di kalangan warga kerja masjid kepada masyarakat yang memerlukan. Lawatan ini diketuai oleh Ustazah Nor Fadhilah Bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kebajikan dan Khidmat Sosial, MWPKL.

Antara aktiviti yang lakukan adalah sesi beramah mesra dengan penghuni rumah jagaan dan diakhiri dengan pengagihan sumbangan berbentuk kain pelikat, kain batik, pampers dan beras untuk kegunaan warga rumah jagaan tersebut. Semoga program lawatan ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan warga kerja masjid kepada masyarakat yang memerlukan.

Al-Ikhlas 01 Al-Ikhlas 02

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Cetak   Emel