05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Aktiviti Disayangi: “Jom Kembali Ke Sekolah 2016”

KembaliSekolah 06

17 Disember 2015 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) dengan Kerjasama Yayasan Insan Prihatin dan Penyayang Malaysia (YIPPM) telah mengadakan Program  Aktiviti Disayangi: “Jom Kembali Ke Sekolah 2016” bertempat di Dewan Muslimin, MWPKL.

Program ini berobjektifkan mendampingi masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan, menyalurkan bantuan persediaan awal persekolahan dan menyedarkan masyarakat umum pendidikan adalah asas yang utama bagi mencapai kemajuan. Seramai 200 penerima yang terdiri daripada anak yatim dan fakir mikin sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima bantuan beg serta pakaian seragam sekolah.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh A.F. Ustaz Ashraf Bin Ibrahim diikuti ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Saharuddin Bin Awang Yahya, Pengerusi YIPPM manakala perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar MWPKL. Kemuncak program ini adalah sesi penyampaian bantuan persekolahan kepada setiap pelajar.

Semoga program seumpama ini dapat meringankan bebanan masyarakat yang kurang bernasib baik di samping dapat memupuk sikap prihatin di kalangan masyarakat yang berkemampuan.

KembaliSekolah 02 KembaliSekolah 04
KembaliSekolah 03 KembaliSekolah 05
KembaliSekolah 07 KembaliSekolah 08

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Cetak   Emel