05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

MMH1

8  Januari 2016 / 27 Rabiulawwal 1437 (Jumaat) – Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Sambutan Maulidurrasul 1437H pada 8 dan 9 Januari 016 yang lalu. Program ini diadakan bertujuan untuk mengingati Hari Kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w  dan untuk melahirkan rasa kecintaan terhadap Baginda disamping dapat mengeratkan silaturrahim di antara para jemaah.

Acara bermula dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz PU Mohd Zaid bin Abdul (finalis Pencetus Ummah 2015) pada 9 Januari 2016 selepas Solat Maghrib di Dewan Solat Masjid. Pada sebelah pagi 9 Januari 2016, acara perarakan Maulidurrasul turut diadakan. Acara ini disertai oleh 16 kontinjen yang diwakili oleh masjid-masjid, surau-surau, komuniti dan agensi korporat di sekitar Kg. Sungai Penchala yang dihadiri oleh lebih 400 orang jemaah.

Setelah selesai perarakan, program diteruskan dengan solat dhuha dan Ceramah Kekeluargaan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar, pensyarah dari Darul Quran, JAKIM. Pelbagai acara lain turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak, Pertandingan Menulis Khat, Kuiz dan Pertandingan Azan.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang  dan penyampaian Anugerah Tokoh Maulidurasul 1437 yang diterima oleh Hj. Yahya Hj. Harmin (Bilal Rawatib Masjid Al-Hidayah) yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Wira Hj. Thobrani bin Hj. Hanafi, Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

 

MMH2 MMH3
MMH4 MMH5
MMH6 MMH7


Disediakan Oleh:                                                                                                                            Masjid Al-Hidayah,
Sg. Penchala, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel