05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Mula Beroperasi

 

 
 

4 Januari 2016 (Isnin) –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memulakan sesi pembelajaran sekolah integrasi (SIRAJ) di Sekolah Rendah Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak dan Sekolah Rendah al-Alusi, Kampung Keramat bagi tahun 2016. Seramai 350 murid tahun satu telah terpilih mengikuti sistem yang baru diperkenalkan ini.

Dua sekolah ini menjadi rintis bagi pelaksanaan sistem dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA), dan pemilihan dua buah sekolah ini berdasarkan kepada faktor kemudahan sekolah yang mencukupi serta kedudukan lokasi yang strategik.

Sesi pembelajaran murid bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang. Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang. Ini memberi kemudahan kepada ibubapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.

JAWI akan berusaha menaiktaraf dua buah sekolah lagi sebagai SIRAJ pada tahun 2017, iaitu dilokasi Kepong dan Putrajaya. Cadangan ini dibuat hasil dari permintaan dan sambutan ibubapa serta masyarakat atas sokongan sistem SIRAJ di Wilayah Persekutuan.

 
   
   

Cetak   Emel