05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1437H / 2015M

 


 IMG 2227

 

23 Disember 2015, KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 masyrakat sekitar Wilayah Persekutuan berhimpun bagi mengikuti  Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1437H/2015M bertempat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis yang dianjurkan setiap tahun oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu diadakan bagi untuk memperingati peristiwa bersejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya mengambil iktibar dan menghayati segala isi kandungan ajaran junjungan mulia baginda.

Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI.

Bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, majlis berkenaan turut diserikan dengan pelbagai agenda menarik. Antaranya ialah ceramah khas Maulidur Rasul S.A.W oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff B Mohd Kashim  (Pensyarah UKM / Personaliti Radio/ TV), Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah “Nur Ahli Badar”.

Acara kemuncak pada majlis ini ialah pengumuman dan penyampaian anugerah-anugerah sebagai tanda pengiktirafan kepada individu serta organisasi yang melibatkan masyarakat secara meluas, dan memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam, sehingga ke peringkat antarabangsa. Penerima membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 dah hadiah iringan bernilai RM500.00 bagi Kategori Individu manakala Kategori Organisasi menerima wang tunai sebanyak RM5,000.00 dah hadiah iringan bernilai RM500.00.  Penerima anugerah tersebut adalah seperti berikut.

 

 

BIL

 

KATEGORI ANUGERAH

 

PENERIMA ANUGERAH

 
 

 

Kategori Individu

 

1

Anugerah Khas Guru SRA

Saripudin Bin Ramli

 

2

Anugerah Khas Saudara Baru

Muhammad Jais Mariappan Bin Abdullah

 

3

Anugerah Khas OKU Cemerlang

Mohamad Sazali Bin Shaari

 

4

Anugerah Khas Imam

Salleh Bin Masri

 

5

Anugerah Khas Bilal

Abdul Halim Bin Idris

 

 

Kategori Organisasi

 

6

Anugerah Masjid Terbaik

Masjid Usamah Bin Zaid

 

7

Anugerah Surau Jumaat Terbaik

Surau As-Sodiqin

 

8

Anugerah Surau Biasa Terbaik

Madrasah Taman Maluri

 

9

Anugerah Surau Biasa Terbaik  (Pejabat)

Surau As-Syifa’

 

10

Anugerah Surau Biasa Terbaik (Sekolah Menengah)

Surau Aisyah Humaira

 

11

Anugerah Surau Biasa Terbaik (Sekolah Rendah)

Surau Sra Saidina Ali

 

 

 

 

 

 IMG 2141Rasul  IMG 2163Rasul
 IMG 2115Rasul  IMG 2175Rasul
IMG 2243Rasul IMG 2189

 

Berita disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Dakwah                                                                                                                                                   Foto - Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan

 

 


Cetak   Emel